fbpx

Cara Close Sale Dengan Mudah – Teknik Butter (Bersama Contoh)

Teknik butter ni saya main reka je namanya. Walaupun ramai yang ada masalah dengan closing, kita kena ingat closing tidak lah bergantung kepada skrip closing semata-mata.

Ada banyak faktor yang mempengaruhi samada kita dapat close atau tidak. Contohnya:

  • Tahap kesedaran
  • Buying cycle
  • Promosi
  • Scarcity
  • Keperluan

Dan bermacam-macam lagi.

Sebelum anda ingin close prospek, anda kena pastikan tiada masalah langsung on your side. Masalah apa ni? Maksud saya adalah anda tahu selok belok tentang:

  • Masalah prospek
  • Kenapa masalah prospek terjadi
  • Apa solution yang anda dapat berikan
  • Apa benefit kepada solution yang anda dapat berikan
  • Apa yang akan terjadi kepada prospek jika mereka memilih untuk order (future pacing)

Kenapa saya namakan teknik butter? Sebagi seller atau consultant, kita mestilah menjadi sebagai pisau yang panas memotong butter.

Related image

Apa terjadi kalau kita buat macam ni? Maksudnya.. anda letak je pisau dekat butter, anda potong sampai bawah  – proses dia sangat smooth.

Mungkin ada few objections tapi anda masil lagi in control.

Masalah Prospek

Bergantung kepada copywriting yang anda tulis, sebarang lead atau comment anda dapat telah menyentuh sanubari prospek untuk mengetahui lebih lanjut tentang solution yang anda ada.

So bermulalah episod… “PM”

Image result for private message

Ada yang mengatakan kalau ada prospek comment PM ni, sudah 70% berminat. Well, mungkin betul atau tidak.

Tapi yang pastinya, mereka ingin tahu lebih lanjut. Minat atau tidak – itu lain cerita.

Ambil contoh masalah – jeragat.

Image result for freckles

Anda harus sedar bahawa masalah jeragat ni sudah wujud berkurun lamanya. Dan semestinya produk anda bukanlah produk pertama dalam pasaran. Ada beberapa faktor yang menyebabkan prosek anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut:

  • Copywriting yang menarik dan CTA jelas
  • Ada masalah jeragat
  • Ada masalah jeragat dan produk sebelum ini tidak berjaya menyelesaikannya
  • Ada masalah jeragat dan ingin mencuba produk/penyelesaian baru

Disini anda perlu ingatkan kembali atau flashback terhadap penyelesaian yang prospek telah ambil sebelum ini gagal.

Pinch the pain.

Dan anda lah penyelamatnya.

Kenapa Prospek Ada Masalah Tersebut

Anda kena tahu apakah faktor-faktor yang menyebabkan masalah prospek itu terjadi. Contohnya, jeragat.

Kenapa?

Ada beberapa faktor yang menyebabkan jeragat seperti exposure kepada sinaran UV, genetics, usia dan sebagainya.

Ini faktor secara asas. Go deep. Kenapa sinaran UV dapat menghasilkan jeragat?

Kalau prospek ada masalah kulit kering – kenapa kulit kering ini terjadi. Apa yang kurangnya sampai menyebabkan masalah ini terjadi?

Go deep and always go deep.

Walaupun anda berpendapat yang prospek tak perlu tahu sedalam itu, tapi percayalah. Ilmu yang anda dapat ini akan memancarkan keyakinan semasa anda communicate dengan perospek.

Image result for self confidence

Apa Solution & Benefit Yang Anda Dapat Berikan

Apabila kita bercakap pasal masalah tertentu, kita juga akan bercakap pasal solution atau penyelesaian yang tertentu

Problem A, Solution A

Problem B, Solution B

Problem C, Solution C

Now apa akan jadi kalau Solution A, Solution B dan Solution C adalah sama sahaja sebenarnya?

Itulah fungsinya positioning.

Anda kena position kan solution anda adalah unique kepada specific problem.

Contoh kalau anda ada produk yang multipurpose yang boleh rawat jeragat, jerawat dan macam2 lagi.

So anda kena kenal pasti dulu apa masala prospek, dan kaitkan dengan produk anda tadi dengan specific ingredients yang mampu membantu masalah tu.

Yang lagi bagus adalah solution, benefit, story.

Semestinya solution yang sama telah digunakan oleh pelanggan yang sebelum ini bermasalah. So untuk menguatkan lagi solution yang ada, boleh bagi testimoni.

Tapi jangan lagi bagi testimoni sekadar testimoni.

Kena cerita sedikit tentang testimoni tu. Dia ni siapa, apa masalah dia, macam mana dia jumpa produk ni, macam mana hasil selepas pakai etc etc.

Related image

Berapa ramai yang bagi testimoni tampal tanpa sebarang cerita atau sekadar bagi whatsapp screenshot?

Ramai.

Future Pacing

Future pacing adalah suatu teknik yang dimana kita memberi tahu prospek apa yang bakal terjadi kalau dia memutuskan untuk memiliki produk anda ni.

Contohnya selepas dia dapat tu.. terus boleh guna.. so bila boleh guna.. kulit jadi licin.. so apa yang produk itu buat adalah etc etc.

Contoh yang sangat general tapi konsepnya begitulah.

Macam saya cakap dalam post Facebook saya => CLICK SINI

Ask For The Order

Ini adalah saat yang paling kita tunggu yg dimana kita akan mula tanya.. “CikPuan nak set A atau B?”

Saya kuran gemar bertanya “CikPuan nak order?”

Sebab bagi saya – macam terlalu open. Bila terlalu open, ia membuatkan prospek sukar untuk buat keputusan.

Sebab tu saya suka bagi terus Set A atau B.

Dalam buku Tom Hopkins, beliau ada menyebut tentang teknik ini yang diberi nama “Alternate Closing”

Alternate Closing adalah closing yang berbentuk pilihan – dimana prospek akan memilih apa yang mereka inginkan. Namun, kalau sekadar Set A atau Set B bagi saya masih tidak cukup lagi.

Selalunya saya akan terus inform yang saya recommend Set A.

“Sebab set A ni macam ni macam tu. Ramai juga ambil set A sebab yang ini adalah set permulaan sesuai untuk semua. Set B ni advance sikit. Macam ni macam tu. Cik Puan nak ambil set A?”

Now bila saya cakap “ramai juga ambil” ni anda jangan la pula reka cerita. Pastikan fakta yang anda berikan itu betul lah.

 

After prospek dah bagi jawapan then teruskan bertanya.

“Cik Puan, sempena November ini, kami akan berikan 50% diskaun terhadap postage fee. Cik Puan boleh jimat lagi kalau dapat confirm order sebelum pukul 8 malam hari ni. Cik Puan nak penjimatan postage fee ni?”

Apa yang saya ingin tekankan disini adalah – objection atau sebarang keraguan mestilah diselesaikan sebelum minta order. Tak kan kita nak minta dia bank-in berkali-kali.

Cukuplah sekali. Atau 2 kali.

Kenal pasti and cuba estimate confidence level prospek terhadap order tersebut. Kalau dia memang dah all in, urusan mintak order atau sales ni insyAllah mudah je

 

Itu sahaja buat kali ini. Saya harap anda dapat belajar sedikit sebanyak dari pengalaman saya yang tak seberapa ini.

Ada beberapa faktor penting yang saya telah tekankan di dalam post ini. Anda boleh cuba dan saya berharap agar  sedikit idea ini membantu anda 🙂

Terima kasih!

 

Jangan lupa untuk subscribe kepada blog ini dan follow saya di Facebook ya! Oh ya, SHARE untuk sebarkan ilmu 🙂

1 thought on “Cara Close Sale Dengan Mudah – Teknik Butter (Bersama Contoh)”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe now

Join our mailing list to receive premium tips & trick to automate and increase your sales!