Polisi Facebook Messenger 2019 Yang Wajib Anda Tahu

Polisi Facebook Messenger 2019 Yang Wajib Anda Tahu

Update Oktober 2019

Ada perubahan polisi yang bakal berlaku bermula dari 15 January 2020. Apakah perubahan tersebut?

Standard Messaging

Jika dulu, kita mempunyai 24+1 polisi untuk menghantar mesej kepada prospek di messenger. Untuk polisi terbaru, business yang mempunyai tempoh masa 24 jam sahaja untuk menghantar mesej kepada prospek di messenger.

Mesej yang di hantar di dalam tempoh masa 24 jam ni boleh mengandungi kandungan promosi.

Kenapa polisi begini di guna pakai?

Menurut Facebook, prospek mengharapkan respon yang pantas dari business. Respon yang pantas menghasilkan pengakhiran yang lebih baik.

Message Tag

Message tag adalah jenis mesej yang di hantar kepada prospek atau pengguna yang menghubungi anda menggunakan Messenger.

Anda boleh menghantar mesej kepada prospek di luar tempoh 24 jam jika mesej mengandungi tag tertentu. Iaitu:

  1. Human Agent Tag
  2. Confirmed Event Update
  3. Post Purchase Update
  4. Account update

Subscription Messaging

Polisi terdahulu membolehkan kita menghantar mesej kepada prospek jika mesej yang di hantar menggunakan tag subscription – yang bermakna prospek membuat langganan untuk mendapatkan mesej dari kita.

Impaknya?

Pengguna di spam bertalu-talu dengan menggunakan follow up mesej. Ini yang telah menyebabkan polisi terbaru ini wujud.

(Follow up sampai kena block kan?)

Kini, tidak lagi.

Hanya Facebook page yang berdaftar dengan Facebook sebagai Facebook News Page Index dibenarkan menggunakan subscription messaging.

Sponsored Messaging

Anda boleh menghantar mesej yang mengandungi promosi di luar waktu standard messaging.

Namun, sponsored message ini juga masih tertakluk kepada ads policy dan audience auction.

Update May 2019

Jika anda menggunakan Facebook Messenger sebagai medium utama untuk berhubung dengan prospek atau pelanggan, polisi Facebook messenger ini anda wajib tahu dan hadam. Kesan daripada anda kurang jelas dengan boleh menyebabkan page Facebook anda mungkin dikenalkan penalti yang dikenali sebagai High MPS (message per second)

Jenis Message

Facebook memebenarkan anda menghantar pelabagai jenis mesej kepada pengguna seperti text, audio, video, foto dan dokumen. Jika anda ingin menghantar pesanan kepada pengguna, pengguna tersebut mestilah terlebih dahulu berinteraksi dengan page anda terlebih dahulu.

Polisi Facebook Messenger 2019 Yang Wajib Anda Tahu

Kalau dekat Ads Manager, ini dimaksukan dengan “New Messaging Connection” – maksudnya user yang buat pertama kali menghantar mesej kepada page kita. Mesej Messenger terbahagi kepada 3 jenis iaitu “Standard Messaging”, “Subscription Messaging (beta)” dan juga “Sponsored Messaging”

Standard Messaging

Standard messaging mempunyai polisi seperti “24 Hour Messaging Window”. Maksudnya, anda hanya boleh mesej prospek di dalam tempoh masa 24 jam. Ini tertakluk kepada business yang menggunakan Send API. Jika kita menggunakan bot, anda akan tertakluk kepada policy ini. Bot boleh menghantar satu sahaja mesej selepas tempoh 24 jam. Ini merujuk kepada “24 + 1 Policy”

Tempoh had 24 jam ini akan di mulakan semula atau reset jika prospek menghantar mesej kepada anda.

 Garis Panduan Penggunaan

  • Chat daripada Messenger juga tertakluk kepada “24 Hour Messaging Window”
  • Konten promosi hanya dibenarkan dengan menggunakan standard message. Konten promosi tidak dibenarkan jika kita menggunakan subscription tag (blast promo melalui inbox)
  • Untuk memulakan mesej kepada prospek, prospek mestilah terlebih dahulu memulakan mesej terhadap kita dengan menekan butang “Get Started” atau menekan butang “Send to Messenger” dan sebagainya. Maksudnya anda tidak boleh terus menghantar mesej kepada prospek. **
  • Prospek mempunyai kebolehan untuk menghalan bot daripada terus menghubungi mereka dan prospek juga mesti boleh untuk tidak melanggan atau subscribe bot anda.

Polisi Facebook Messenger 2019 Yang Wajib Anda Tahu

Gambar di atas ini merujuk kepada Broadcast dan message type di Chatfuel.

**Berkenaan tidak boleh menghantar mesej kepada prospek sebelum prospek memulakan perbualan pula merujuk kepada bot tidak dibenarkan untuk menghantar mesej secara automatik selagi prospek tidak memulakan perbualan.

Mengikut polisi Facebook messenger, conversation atau perbualan ini merujuk kepada mesej yang di hantar dua hala. Jika bot anda menghantar mesej kepada prospek menggunakan Growth Tool, selagi prospek tidak membalas mesej anda, iainya tidak dikira sebagai perbualan atau satu conversation.

Polisi Facebook Messenger 2019 Yang Wajib Anda Tahu

Berikut adalah definisi dari Facebook.

Polisi Facebook Messenger 2019 Yang Wajib Anda Tahu

Subscription Messaging (BETA)

Subscription messaging atau langganan mesej atau langganan pesanan ini merujuk kepada business atau develop boleh menghantar content atau mesej tanpa terikat dengan policy “24 + 1 Policy”. Kalau kita lihat lebih lanjut, subscription messaging ini adalah seperti kita melanggan mailing list dari sesuatu website. Kini, prospek atau customer boleh melanggan subscription menggunakan mesej.

Ini adalah update terbaru bagi Polisi Facebook Messenger

Polisi disini pula menyatakan bahawa prospek mempunyai pilihan untuk berhenti melanggan (unsubscribe) mesej dari bot anda.

Untuk mengguna subscription messaging ini, page anda mestilah mempunyai kebenaran untuk menghantar subscription mesej ini.

Polisi Facebook Messenger 2019 Yang Wajib Anda Tahu

Untuk meminta kebenaran menggunakan subscription messaging ini, anda hanya perlu meminta kebenaran dari Page > Setting > Messaging Platform > Advanced Messaging Feature. Saya baru sahaja diberi kebenaran untuk menggunakan subscription messaging ini.

Tak lama pun. Approve dalam 24 jam. Sekejap je.

Polisi Facebook Messenger 2019 Yang Wajib Anda Tahu

3 Situasi Di Mana Subscription Messaging Dibenarkan

Jika anda mendapat kebenaran untuk menghantar subscription message, anda masih tertakluk kepada beberapa peraturan berikut.

Berita atau Kemaskini

Anda boleh menghantar mesej kepada prospek mengenai berita-berita terbaru, kejadian atau pun sebarang aktiviti mengenai business anda. Buat masa ini, saya menggunakan subscription messaging untuk menghantar educational content dan di dalam mesej itu tidak mempunyai unsur-unsur promosi seperti nama produk atau CTA untuk membuat pembelian.

Produktiviti

Anda boleh menghantar mesej  kepada prospek mengenai produktiviti prospek seperti menghantar peringatan, menguruskan aktiviti kalendar atau membayar bil.

Personal Tracker 

Personal tracker ini merujuk kepada menghantar mesej-mesej yang bersifat peribadi seperti menghantar mesej mengenai keadaan kesihatan prospek, kecerdasan dan mungkin juga kewangan. Ini mungkin merujuk kepada integrasi dari Fitbit, Apple Watch dan lain-lain peranti seperti fitness tracker.

Polisi Facebook Messenger 2019 Yang Wajib Anda Tahu

Kenapa Saya Sarankan Anda Untuk Mendapatkan Kebanaran Menggunakan Subscription Messaging?

Sebab….

“BROADCAST API”

Tapi.. ada rumours yang mengatakan Broadacast API ni akan ditamatkan pada akhir June. Namun, Andrew dari ChatFuel menafikan hal begini. Terdapat beberapa pemilik software yang berjumpa dengan wakil Facebook di F8 yang menyatakan pasal Broadcast API ni akan ditamatkan. Kita tunggu sahajalah apa akan jadi.

Kalau nak baca pasal update terbaru Facebook di F8, sila klik link ini.

Polisi Facebook Messenger 2019 Yang Wajib Anda Tahu

Apakah hubung kait Broadcast API dan Subscription Messaging? Untuk menggunakan Broadcast API, page anda mestilah mendapat kebenaran untuk menggunakan Subscription Messaging.

Saya akan terangkan kenapa Broadcast API ini adalah satu API yang sangat bagus.. sebelum tu ini adalah sebab kedua kenapa anda mesti mendapatkan Subscription Messaging

Chatfuel broadcast adalah tidak sama seperti Facebook Messenger Broadcast yang sebenar. Faham tak? Hehe. Okay macam ni. Chatfuel broadcast menggunakan SEND API dan bukannya BROADCAST API. Seperti yang dinyatakan oleh Andrew di bawah.

Polisi Facebook Messenger 2019 Yang Wajib Anda Tahu

Nama je “Broadcast”, tetapi sebenarnya tidak. Sebab itulah kalau anda menggunakan Broadcast Chatfuel, semua mesej yang prospek dapat akan muncul di Inbox. Menyebabkan closer anda akan huru-hara nak cari semula prospek yang mereka tengah consult.

Kalau anda pernah gunakan Broadcast sebegini, ternyata, anda akan faham apa yang saya akan cakap.

Setiap kali saya nak broadcast, saya akan inform closer untuk standby siap-siap. Kemungkinan prospek yang di consult, chat mereka akan jauh ke bawah.

Polisi Facebook Messenger 2019 Yang Wajib Anda Tahu

Hal ini disahkan sendiri oleh Andrew selepas pengguna ChatFuel menyatakan masalah yang sama.

Polisi Facebook Messenger 2019 Yang Wajib Anda Tahu

Menurut polisi Facebook, mesej dari Broadcast hanya dapat dilihat oleh penerima. Ia tidak akan kelihatan di Page Inbox. All right, itu sahaja post berkenaan polisi Facebook messenger buat kali ini.

Jangan lupa subscribe!

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Polisi Facebook Messenger 2019 Yang Wajib Anda Tahu

Subscribe now

Join our mailing list to receive premium tips & trick to automate and increase your sales!