Kemaskini Terbaru Facebook mengenai Instagram, Messenger dan WhatsApp di F8 2019

Jika anda berminat menengati kemaskini terbaru Facebook pada tahun 2019, teruskan membaca.

F8 adalah acara tahunan bagi pembangun perisian (developer) Facebook dan pada tahun ini ia diadakan di San Jose, California. Kali ini, terdapat beberapa kemaskini yang agak kritikal untuk Facebook, Instagram, Messenger dan WhatsApp.

Jika anda menggunakan platform Facebook ini sebagai salah satu medium marketing mahupun menjalankan perniagaan, anda harus membacanya sampai habis. Ok?

WhatsApp Kini Membenarkan Anda Mempamerkan Katalog di Business Profile

 

WhatsApp pada masa kini hanya membenarkan anda mempamerkan opening hours, email dan juga lokasi anda. Dengan kemaskini terbaru, anda boleh mempamerkan katalog dan prospek boleh melihat dengan lebih lanjut apakah barang atau produk yang anda jual.

Tak perlu lagi episod drama seperti “Sis, yang ni ada stok lagi tak? Warna kelabu ada?” Bagi je katalog untuk prospek anda tengok.

Jika kita lihat dari gambar di atas, WhatsApp juga mula membenarkan pembayaran di buat melalui WhatsApp – ianya bermula di India, pasaran terbesar bagi Facebook.

Apakah impak pembayaran melalui Facebook terhadap perniagaan anda? Adakah anda mengalu-alukan kaedah pembayaran melalui WhatsApp?

 

Kamera Terbaru di Instagram dan Tiada Lagi Jumlah LIKE?

 

Ada beberapa tambah baik di dalam camera di Instagram stories yang memudahkan anda untuk edit gambar dan juga beberapa tambahan features di wujudkan. Instagram Stories juga kini membolehkan anda untuk terus menaip teks anda  – ia dipanggil “Create Mode”

 

Instagram juga mula mencuba untuk tidak lagi menunjukkan jumlah likes pada gambar. Percubaan feature sedang di jalankan di Canada. Jika ia mendapat sambutan yang baik, kemungkinan besar features ini akan di laksanakan secara menyeluruh. Pihak instagram berkata:

“Fokus kepada foto dan video yang anda kongsi, bukannya pada jumlah like”

 

Jangan risau, empunya akaun masih nampak akan metrik ini. Hanya follower sahaja tidak nampak.

Jika tiada jumlah like ini, mungkin ia menjejaskan influencer kerana, buat pada masa ini, ini sahaja yang menunjukkan kekuatan influencer tersebut. Jika anda menggunakan influencer dan anda tidak boleh menentukan brand awareness terhasil daripada influencer, ini mungkin menyukarkan anda menentukan jika influencer itu berjaya dalam program marketing anda.

 

Ura-ura mengatakan bahawa faktor menjana wang di Instagram terjejas kerana kerja-kerja influencer ini. Jika impak influencer ini besar, kenapa jenama-jenama besar perlu melaburkan pada Instagram ads. Lagi bagus jika menggunakan Instagram Influencer.

 

Shopping Tag Pada Post Instagram

Features untuk membolehkan follower membeli terus di Instagram sedang diperluaskan. Pada masa ini hanya jenama dan influencer tertentu mempunyai features ini pada akaun mereka.

Jika di Malaysia pula, salah satu akaun yang mempunyai kelebihan shopping tags ini adalah @fashionvaletcom. Namun pembelian terus masih lagi tidak ada – hanya redirection kepada website sahaja buat masa ini.

 

Interface Terbaru Daripada Facebook. White white white!

Kemaskini terbaru Facebook juga merangkumi Interface terbaru. Ianya baru sahaja di lancarkan di Amerika Syarikat buat masa dan secara global secara berperingkat. Saya masih ingat lagi apabila Facebook mendapat rungutan dari ramai pengguna mereka sebaik sahaja mereka menukar atau menambah baik interface Facebook pada tahun-tahun yang lalu.

Ingat yang ni?

 

 

Dan interface yang kita tengah guna sekarang?

Facebook Messenger Mendapat Sokongan Perisian Windows dan Mac

 

Pada masa kini, Facebook masih lagi dalam fasa percubaan untuk perisian desktop / laptop. Kemaskini ini membolehkan pengguna Messenger untuk melalukan panggilan berkumpulan (group calling) dan ianya akan di lancarkan secara berperingkat.

“Lebih dari 20 Billion pertukaran mesej berlaku di antara Pengguna dan Pemilik Bisnes”

Kini, lebih dari 40 juta bisnes yang aktif menggunakan messenger sebagai perantara untuk berhubung antara pelanggan. Peningkatan kepada 300,000 developer yang aktif juga menunjukkan potensi messenger menjadi lebih berpengaruh di dalam urusan harian.

Anda juga boleh menonton video bersama-sama rakan, secara terus melalui messenger.

Facebook sedang melalukan percubaan “group watch” bagi membolehkan anda menjemput rakan anda menonton video bersama-sama seperti Twitch.

Messenger Yang Lebih Ringan dan Pantas

Saiz perisian Messenger yang terbaru juga ditunjuk pada kemaskini terbaru Facebook di F8. Messenger akan cuba dikekalkan di bawah 30MB bagi membolehkan Messenger lebih responsif dan pantas. Ia juga sangat membantu pengguna Messenger yang tidak mempunyai telefon bimbit yang terbaru – bayangkan ramai pengguna atau prospek anda yang hanya mempunyai Messenger Lite yang menyebabkan, segala chatbot (quick reply, button) tidak wujud. Prospek tidak dapat berinteraksi dengan chatbot anda.

Messenger Lite

Dengan versi terbaru ini, pengguna Messenger tidak lagi mempunyai masalah seperti yang saya ceritakan di atas. Perbezaan saiz perision juga agak ketara. Messenger Lite lebih kurang 10MB manakala Messenger (yang biasa) mempunyai saiz lebih kurang 150MB. Hampir 15x ganda lebih besar.

Appointment Booking Di Messenger

 

Bagi membolehkan bisnes untuk memacu perniagaan dengan lebih mantap, kemaskini terbaru Facebook memperkenalkan Appointment Booking di Messenger. Pengguna  boleh membuat booking menggunakan kalendar di Messenger secara. Peringatan pada booking ini juga mengingatkan pengguna tentang booking yang telah di buat.

Jika anda mengusahakan perniagaan yang berdasarkan servis, mungkin anda dapat manfaat secara terus dengan adanya appointment booking ini.

Features ini masih lagi pada tahap Beta, jika berminat, bolehlah sign up disini.

 

Lead Generation dan Qualification

Antara penambahbaikan pada Messenger adalah pihak pengiklan, advertiser, boleh membuat lead generation  dan qualification terus menggunakan Messenger dan ia mempunya template untuk kita gunakan. Sebelum ini, lead messenger lebih fokus kepada mengisi borang semata-mata. Kini, kita boleh menggunakan Messenger untuk melalukan aktivi tersebut. Anda juga boleh memantau prestasi iklan anda menggunakan panduan ini.

Bagi pengguna atau pemilik bisnes yang telah pun melakukan aktiviti melalui chatbot seperti ManyChat atau ChatFuel, ia tidaklah memberi kebolehan apa-apa kepada anda. Untuk memudahkan pengguna, lead ads messenger ini membolehlah pemilik bisnes terus menyumbangkan lead ini kepada CRM.

Setakat ini sahaja update untuk hari pertama F8. Ciao!

Jangan lupa subscribe!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *