fbpx

7 Langkah Mudah Untuk Menyediakan CA Lifetime Value (LTV) Di Facebook

Sejak LTV di lancarkan oleh Facebook, ramai di antara internet marketer, online business termasuklah saya menggunakan LTV bagi menyediakan audience saya seterusnya. Ramai juga masih tidak faham apakah itu LTV.

Image result for lifetime value

LTV adalah ringkasan kepada Lifetime Value ataupun nilai seumur hidup (dari segi profit atau jualan) yang mampu diberikan oleh seseorang pelanggan kepada kita. Sebagai contoh. Ahmad membeli pek Milo 2kg berharga RM34 setiap 2 bulan.

Ini bermaksud, dalam setahun, anda akan membelanjakan sebanyak RM34 x 6 = RM204. Jika anda membeli pek Milo selama 20 tahun tanpa henti, ini bermakna, anda akan memperuntukan RM4080.

Contoh lain pula. Sobri membeli pek Milo 500g berharga RM8 setiap 2 bulan dan terus membelinya selama 20 tahun. Sobri hanya akan memperuntukan sebanyak RM1920.

Ini bermaksud, Ahmad dapat memberikan pulangan yang lebih positif dan tinggi dari Sobri.

Kalau diberi peluang untuk menjual lebih banyak Milo, kepada siapakah anda akan cuba iklankan pek Milo anda? Ahmad atau Sobri?

Related image

Sudah tentunya Ahmad.

Itulah features terbaru dari Facebook khas untuk para pengguna servis iklan berbayar mereka.

Apabila sejumlah audience dan LTV mereka di susun atur, Facebook dengan menggunakan AI mereka dan cuba menitikberatkan audience yang mempunya lebih tinggi nilai beliannya (LTV). Apabila ini terjadi, audience lookalike yang terhasil daripada LTV ini “mungkin” dapat memberikan keuntungan yang lebih tinggi kepada anda.

Ini hanyalah dari segi idea atau theori.

Dari segi praktikal, banyak faktor yang menentukan LTV anda itu berkualiti atau tidak.

Image result for split test

Split test.

Cara-cara Menyediakan LTV Menggunakan No Telefon

1 – Pergi ke https://business.facebook.com/ads/manager/audiences

2 – Klik Custom Audience

 

3 – Klik Customer File

 

4 – Klik “Include LTV for better performing lookalikes”

5 – Sedikan file LTV anda. Anda boleh download sample file yang saya sediakan di bawah.

[button text=”DOWNLOAD Sample File” url=”https://afifrus.com/wp-content/uploads/2017/09/afifrus-contoh-ltv.csv”]

Jika ada email customer, masukkan. Kalau tidak ada, tak mengapa.

Untuk no telephon pelanggan, sila sediakan data seperti di atas. Mulakan dengan 60 (kod negara Malaysia) diikuti dengan 123456789 (no telefon pelanggan)

Contoh, no Sabri adalah 0123434567. Di dalam column CSV di atas, anda isikan seperti 60123434567.

Jangan lupa utk Save!

6 –  Pilih column Customer Value yang merujuk kepada nilai LTV pelanggan anda.

7 – Semak kembali mapping identifiers file anda terutama sekali email, no telefon dan juga nilai LTV. Klik “Upload & Create”

Selesai! Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk membuat LTV dengan mudah.

 

Anda hanya perlu menunggu dan memberi sedikit masa kepada FB untuk menyediakan audience LTV anda.

Setelah selesai, create Lookalike LTV! Itu sahaja.

Adakah anda belajar sesuatu?

SILA SHARE POST INI DI WALL ANDA UNTUK MENYEBARKAN ILMU YANG BERGUNA INI!

3 thoughts on “7 Langkah Mudah Untuk Menyediakan CA Lifetime Value (LTV) Di Facebook”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe now

Join our mailing list to receive premium tips & trick to automate and increase your sales!