fbpx

4 Sebab Kenapa Business Anda Perlu Ada eCommerce

Dari sekecil-kecil dan sebesar-besar business entity,dunia eCommerce tidak pernah mengecil. Ia semakin membesar sepanjang tahun kerana, awareness dan kemudahan membeli dalam talian ni tidaklah sepayah macam dulu-dulu kala.

Mengikut The Star,peningkatan eCommerce sejak tahun 2000 sehingga kini, eCommerce sudah menjadi pasaran seluas RM24.6 billion

Ramai yang spend beribu-ribu di Lazada, Shopee. Pelik juga. Kalau kita buat eCommerce website ni, orang pandang pon tidak

Monthly visitor Lazada almost 29 million dan 11street 9 million per. Dahsyat beb!

Tapi kena tahu juga behavior pelanggan macam mana. Contoh, produk untuk yang berumur 45 tahun ke atas, mungkin kurang sesuai. Kadang-kadang, nak transfer duit kena pergi CDM.

Banyak lagi successful stories dekat Asia Tengarah dan specifically Malaysia tentang eCommerce. Tak hairanlah Jack Ma pon dah beli Lazada group.

So apa yang kita boleh buat?

Buat eCommerce atau website tentang business anda.

Mungkin takde sale takde traffic. Tapi benda ini boleh diatasi sebenarnya.

So berikut adalah 5 Sebab Kenapa Business Anda Perlu Ada eCommerce

 

#1 Increase Online Presence

Online presence ni bagi saya sama konsep cawangan. Contoh, ada kedai di setiap daerah Selangor. Confirm, orang akan at least aware tentang anda. Pergi situ nampak pergi sini pon nampak juga.

So macam mana nak increase online presence ni?

Image result for online presence

Salah satunya adalah mempelbagaikan saluran atau channel tentang brand anda. Anda boleh register di Lazada, 11th street, Shopee, Lelong dan sebagainya.

Apabila orang cuba nak cari tentang anda samada ada ni legit atau tidak, result-result beginilah yang membantu.

Cara lain adalah buat website eCommerce anda sendiri.

Bagi business yang saya run, saya buat website nya. Semua barang-barang yg saya jual, ada di website. Orang akan tanya. Barang apa lagi ye jual? Saya akan bagi link di website. Harga pon dah ada dekat sana.

Mudah kan?

 

#2 Ada Database Pelanggan & Prospek

Database ini adalah raja. Raja yang membantu untuk membuatkan business anda naik atau turun. Tak bina database, hanya duit sahaja yang dapat, lama-lama akan lingkup. Ada database, takde duit, lingkup juga kan? Hehe

Related image

Sebarang rekod pembelian yang anda ada sekarang, macam mana anda rekod? Guna Excel? Tak salah.

Sebarang cara untuk rekod pembelian itu semuanya betul cumanya efficient atau tidak sahaja.

Platform eCommerce akan dilengkapi dengan pengurusan order, stock, customer, dan sebagainya. Yang lebih power mungkin ada pengurusan stockist dan dropsipper.

Sebarang pembelian, mahupun yang berlaku di luar talian (offline), harus direkodkan dengan betul.

Menggunakan eCommerce, untuk anda buat penambahan, edit atau buang rekod itu sangatlah mudah. Guna smartphone pon boleh je.

Bagaimana dengan prospek pula?

Prospek utk eCommerce ni mungkin terjumpa website anda apabila mereka lakukan carian di Google. Menggunakan Pixels, anda boleh target web visitor ini! Tanpa web, anda hanya akan bergantung harap kepada Facebook engagement sahaja.

 

#3 Lebih Banyak Marketing Opportunities

Kebolehan untuk marketing ini tidak semesti dihadkan dengan satu channel sahaja misalnya Facebook. Masih ada banyak lagi cabang-cabang lain. Misalnya email, Youtube, PPC (adwords), SEO dan sebagainya.

Even blogspot skali pon, buat aje website atau eCommerce ni.

Ni saya search “DYXY”

Tengok result yang saya highlight tu. Blogspot je. First result tu!

Kalau dia tak buat blog? Orang tak jumpa. Tapi lagi power kalau dia buat eCommerce. Walaupun ada persaingan Lazada, Lelong dan sebagainya, orang masih perlukan human touch.

Human touch ni juga lah yang mampu kita dapatkan sale.

So funnelnya mungkin berbeza.

Google > Website > WhatsApp atau Google > Website > WhatsApp > AddToCart & Purchase (Website).

Ada yang Google > YouTube > Website.

Macam-macam nak dapatkan traffic. So nak tak nak, kena ada. Tak rugi pun kalau ada. Ni pun part of the SEO juga.

 

#4 Kembangkan Organic Content

Selain daripada paid ads or content, kita juga boleh fokus kepada organic content. Organic content ni contohnya kita jual satu produk kurus. Anda boleh buat atau share post-post mengenai pemakanan sihat, tips-tips bersenam.

Post evergreen. Post yang tidak tenggelam dek masa.

Secara tidak langsung, kalau anda buat post-post begini, akan ada satu masa dan ketika, orang akan jumpa website anda, then terconvert dengan sendirinya!

 

 

Pada blog business saya, saya banya tulis mengenai produk juga. Tapi tak suruh beli pun. Saya mostly jawab segala objection di blog post. Kadang-kadang, ada yang WhatsApp tanya sebab terbaca dekat blog.

Post tentang produk yang saya jual ni akan valid sampai bila2 sehinggalah jenama tersebut lingkup!

 

Blog, website, eCommerce ni akan menaikkan credibility anda secara tidak sedar. So pentingnya, ada eCommerce platform dan juga grow content di eCommerce tu.

Hopefully sedikit perkongsian saya disini dapat dimanfaatkan dan anda terus membuat tindakan.

Adakah anda mempunya eCommerce skrg? Boleh berkongsi dengan saya?

P/S : Boleh follow saya di Facebook utk mendapatkan tips-tips premium ini secara percuma. KLIK SINI.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe now

Join our mailing list to receive premium tips & trick to automate and increase your sales!