3 Kaedah Pengurusan Stok Menggunakan Data Terdahulu

Impak yang disebabkan oleh stok mahupun jangkaan jualan yang tidak depat adalah sangat besar. Dari segi inventori atau pengurusan stok, stok mungkin tidak akan mengcukupi jika kita hanya menggunakan gut feeling untuk menguruskannya. Malah, makin teruk, ia mungkin menyebabkan penghantaran produk kepada pelanggan mungkin tergendala.

Akhirnya, menjejaskan kepercayaan pelanggan kepada kita. Saya juga tidak terkecuali, mengalami masalah yang sama.

Masalah yang saya selalu hadapi adalah cash flow atau pengurusan tunai. Ini kerana saya tidak mempunyai cash buffer yang baik. Apa yang berlaku adalah jika saya terlebih membuat pesanan stok, maka cash flow saya akan terganggu mungin menyebabkan tugasan untuk membayar gaji atau bil-bil perbelenjaan terjejas.

Oleh itu, saya perlu mencari satu mekanisma untuk memastikan bahawa saya tidak membuat pesanan stok yang terlalu banyak dan akhirnya, pada hujung bulan, saya mempunyai lambakan stok yang tidak terjual.

Setelah mentelaah mencari solusi kepada masalah ini, saya dapat simpulkan dimana ada beberapa kaedah yang boleh diguna pakai. Iaitu:

  1. Just In Time (JIT) Inventory
  2. First in First Out (FIFO)
  3. Forecasting Demand

JIT Inventory

Konsep JIT ni secara asasnya kita akan restock produk kita “secukup rasa” dan kebiasannya kita tidak akan ada lebihan produk. Kelebihannya adalah duit yang kita ada tu kita dapat optimum sebaik mungkin. Kelebihan yang lain adalah seperti berikut:

Kelemahannya pula kalau ada peningkatan mendadak atau surge in sales, kemungkinan kita tidak dapat untuk menghantar produk tersebut. Atau kita “short”.

Kemungkinan ia menjejaskan juga pengalaman pelanggan dengan kita kalau benda ni berlaku.

Pihak stokis atau distributor boleh menggunakan JIT untuk menguruskan inventori dengan berkesan.

FIFO

Pengurusan stock menggunakan FIFO

FIFO pula menggunakan kaedah dimana stok yang lama di keluarkan terlebih dahulu dan stok yang baru sahaja di hasilkan akan digunakan setelah semua stok-stok yang sedia ada digunakan. Ini dapat memastikan stok yang lama terjual terlebih dahulu dan mengurangkan kos pengurusan stok.

Pengurusan stok menggunakan FIFO amat sesuai jika anda mempunyai produk yang ada tarikh luput atau expiry  date dan mesti digunakan pada tarikh tertentu.

 

Forecasting Demand

Forecasting Demand adalah kaedah kegemaran saya setelah cuba untuk menyelesaikan masalah pengurusan stok.

Dengan menggunakan data jualan atau cost of good sold (COGS), kita akan ramalan jualan akan datang atau COGS yang diperlukan.

Supaya kita boleh bersedia dengan lebih awal. Secara statistik, kita akan menggunakan linear regression dan di sahkan dengan Pearson coefficient. Kenapa kita pakai dua kaedah statistik ni?

Linear regression bergantung kepada pola jualan kita. Kalau jualan setiap hari lebih kurang sama, linear regression sudah cukup untuk digunakan sebagai kaedah ramalan.

Jika jualan agak tidak stabil, ada hari banyak, 2 hari seterusnya tidak ada, kita akan menggunakan kaedah yang berbeza iaitu exponential growth trend.

Contoh, perbelanjaan iklan di Facebook adalah RM2000, maka anda akan mendapat hasil jualan sebanyak RM10,000. Jika anda membelanjakan kos pengiklanan Facebook sebanyak RM5000, maka jualan anda adalah sebanyak RM25,000. Ini menunjukkan hasil hubung kait antara kos pengiklanan dan hasil jualan adalah linear.

Dengan Pearson coefficient, kita akan memastikan betapa yakinnya kita dengan ramalan yang dibuat. Jika kita membelanjakan RMX untuk iklan, berapakan ramalan hasil jualan RMY.

Ini adalah sebahagian yang saya akan share dalam paid group nanti.

Bukan semata-mata chatbot tapi macam mana untuk growth hack, lean profit, remote team dan sales analytics.

Ready ke?

#monocals

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *